Pulpit rock

Selepas Tsunami (After the Tsunami)

0 comments





Look at the level of corruption.
MANY AS POSSIBLE
MUST WATCH AND FORWARD TO AS 
It may be slightly long, but please find 
some time to watch this.

This is the VCD that the Bn
Government is afraid of .....

Really afraid.... They know.....
Watch it. You will know why.....

  
An excellent documentary ! ! !
You may wish to circulate this around.
Please do.



The 12th General Election did not only result in the change of government in four states or the lost of Barisan Nasional two-thirds majority in Parliament. It brought along many practices never seen before in the governmant system. In Selangor, a body under the state assembly was formed to monitor the use of public funds.

In the federal Parliament the increasing presence of opposition representatives has resulted in more serious debates. Today, UMNO and Barisan Nasional has started speaking the language of change. However, the real reform process is not as easy as voting on polling day.

This documentary discusses the meaning behind those promised changes. Info on KOMAS - komas.org

A Big Pictures production for Pusat KOMAS.
36 mins. 
Director: Anna Har
Producer: Brenda Danker
Executive Producer: Jerald Joseph
Editor: Chi Too

Pilihan Raya umum ke-12 bukan setakat melibatkan perubahan empat kerajaan negeri atau kehilangan kuasa dua pertiga Barisan Nasional di Parlimen. Ia membawa kepada pelbagai amalan yang tidak wujud dan namkapasing sebelum inin dapat dirasakan oleh rakyat buat julung kalinya. Di negeri Selangor satu badan di bawah Dewan Negeri ditubuhkan untuk memantau perbelanjaan dana awam.

Di peringkat Persekutuan , Parlimen kini nampak lebih serius dengan kehadiran wakil pembangkang. Hari ini, Barisan Nasional yang keras kepala sebelum 8 Mac lalu, juga sudah mula bertutur dalam bahasa prubahan. Bagaimanapun, perubahan yang sebenar bukanlah semudah membuang undi pada pilihan raya.


Ehsan Pusat KOMAS

Read More..

Babi di juadah Ramadan: Star dipanggil KDN

0 comments


Kementerian Dalam Negeri telah memanggil Ketua Pengarang akhbar The Star kerana penyiaran artikel mengenai juadah Ramadan yang memuatkan gambar masakan daging khinzir.


Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) Datuk Abdul Rahim Mohamad Radzi berkata dalam sisipan semalam, akhbar itu telah menyiarkan artikel bertajuk 'Ramadan Delights' yang memuatkan gambar-gambar masakan daging khinzir serta artikel mengenai restoran tidak halal yang menyediakannya.

Katanya KDN memanggil Ketua Pengarang akhbar berkenaan bagi menyatakan kesalahan akhbar itu berikutan tindakannya yang tidak sensitif kerana penyiaran artikel terbabit.

"Kementerian memandang serius kesalahan itu terutamanya kerana sisipan bertajuk 'Ramadan Delights' itu merupakan ruangan khas bagi memberi panduan dan pilihan kepada umat Islam mengenai restoran untuk berbuka puasa," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata akhbar tersebut telah mengakui kesilapan dan akan menyiarkan kenyataan memohon maaf di atas perkara itu.

- Bernama
Read More..

Fitnah II: Najib, Rosmah lambatkan perbicaraan- Peguam

0 comments


KUALA LUMPUR: Perbicaraan kes Fitnah II yang melibatkan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan terpaksa ditangguhkan lagi jika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor masih enggan ditemubual peguambela Anwar.
Peguam Anwar, Sankara Nair berkata, perkara itu secara tidak langsung akan terus melambat-lambatkan lagi bicara kes itu yang sepatutnya memasuki peringkat pembelaan minggu hadapan.
“Jika mereka (pendakwa raya) tidak menyediakan semua saksi seperti dipersetujui sebelum hari Jumaat ini maka, perbicaraan tidak boleh diteruskan pada hari Isnin (depan),” kata Sankara Nair dalam satu Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) kepada Keadilandaily.
Najib dan Rosmah termasuk dalam senarai saksi-saksi yang mahu ditemubual pasukan peguam Anwar sebelum perbicaraan bersambung Isnin depan.
Isnin lalu, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah memutuskan semua saksi yang ditawarkan pendakwa raya kepada peguam Anwar perlu hadir untuk ditemubual peguam Anwar.
Termasuk di dalam senarai itu adalah Najib dan Rosmah serta bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan bekas Ketua Polis Melaka, Datuk Rodhwan Yusof.
Selasa lalu merupakan percubaan pertama pendakwa raya untuk melengah-lengahkan perbicaraan apabila enggan meneruskan sesi temubual peguam Anwar bersama Musa Hassan dan Rodhwan Yusof atas alasan Anwar turut sama hadir.
Hakim Zabidin pada hari Rabu kemudian memutuskan Anwar berhak hadir dalam temubual yang berlangsung namun tidak dibenarkan bertanya soalan kepada saksi-saksi. Sehingga ke hari ini, Najib dan Rosmah masih lagi belum muncul untuk ditemubual peguam.
Peguam mahu memanggil Najib sebagai saksi kerana penglibatannya dalam kes tersebut, apabila mengaku berjumpa dengan pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan sebelum pemuda itu membuat laporan polis terhadap Anwar.
Saiful juga bertemu dengan pembantu khas Rosmah, Datuk Mumtaz Jaafar dan beberapa tokoh lain.
Pegawai Penyiasat kes itu, DSP Jude Pereira dalam keterangan di mahkamah pada Mac lalu mengaku mengambil keterangan Najib dan Rosmah berhubung kes berkenaan. Ia sekaligus mewajarkan Najib dan Rosmah untuk ditemubual sebagai saksi dalam kes itu.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=18689
Read More..

Anwar: Hanya menteri kewangan boleh arah GLC

0 comments



Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Aziz kerana didakwa mengeluarkan surat kepada syarikat berkaitan kerajaan (GLC) untuk menarik balik saman yang difailkan ke atas bekas pengerusi MAS Tan Sri Tajudin Ramli.

Menurut Anwar, jika sesuatu perkara membabitkan GLC, arahan mesti datang daripada menteri kewangan atau Kementerian Kewangan dan bukannya Nazri.

"Arahan seumpama ini sepatutnya datang dari Menteri Kewangan (dan bukannya Nazri) kerana ini membabitkan GLC.

"Kerajaan sebelum ini berkata mereka mempunyai kes yang kukuh terhadap Tajudin yang membabitkan berbilion ringgit (dalam mengemukakan saman). Ini amat menganggu,” kata Anwar yang juga seorang bekas menteri kewangan.

Menurut sebuah portal berita, Nazri dalam sepucuk surat yang dihantar bulan ini kepada GLC berkenaan dan Danaharta memaklumkan bahawa Kementerian Kewangan telah bersetuju untuk menyelesaikan semua saman sivil ke atas Tajudin yang tertangguh.

“Dimaklumkan bahawa kerajaan Malaysia dan Kementerian Kewangan telah bersetuju untuk menyelesaikan kesemua tuntutan awam ke atas Tan Sri Dato Tajuddin Ramli dan beberapa yang lain dengan menarik balik dengan segera atas pandangan bahawa kerajaan dan Kementerian Kewangan telah bersetuju agar kes-kes yang ada akan diselesaikan di luar mahkmah.

“Untuk makluman anda, kerajaan telah memberikan saya mandat untuk bertindak bagi pihak kerajaan dalam hal ini,” kata Nazri dalam surat itu.

Antara GLC yang menyaman Tajudin itu adalah Telekom Malaysia Bhd, Naluri Corporation, Celcom (M) Bhd, Atlan Holdings Bhd, Pengurusan Danaharta Bhd, Malaysia Airlines and Duta Skyline Bhd.

Dalam perkembangan berkaitan, adalah difahamkan semua kes membabitkan Tajudin, kerajaan dan GLC berkenaan sedang dirundingkan bagi mencari penyelesaian pada semua peringkat proses mahkamah tersebut.

Menurut sumber, sesetengah perkara itu telah dibawa kepada Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Md Raus Shariff, yang juga adalah hakim pengurusan bagi mahkamah perdagangan hari ini.

Kes-kes berkenaan telah ditetapkan pada 29 September bagi pengurusan kes sementara menunggu penyelesaian.
Terdapat lebih 10 kes yang dipercayai masih aktif termasuk berkaitan dengan kes saman Pengurusan Danaharta Nasional Bhd, MAS, Telekom Malaysia Bhd dan Naluri Corporation Bhd.
Read More..

Tujuh Maut Dalam Bencana Tanah Runtuh

0 comments












TUJUH MAUT DALAM TANAH RUNTUH  DI SUNGAI RUIL
CAMERON HIGHLANDS 8 Ogos – Tujuh termasuk empat wanita maut, manakala dua parah dalam kejadian tanah runtuh di perkampungan Orang Asli Sungai Ruil di Brinchang, di sini petang semalam.
Mereka yang terbunuh dikenali sebagai Normadiah Lasik, 69, Ali Hassan, 50, Jaafar, 49, Mohd Ikbal Jaafar, 15, Sara Gunung, 37, Norma Gunung, 51, dan Yusnizan Yusof, 22, manakala yang parah pula ialah Bah Anjang Besar a/l Anjang, 39, dan Serry Priary a/p Suri, 15 tahun.
“Segala operasi mencari dan menyelamat telah dihentikan pada 1.50 pagi. Bagaimanapun pihak polis meneruskan bagi menjalankan operasi kawalan di kawasan kejadian,” kata Ketua Polis Cameron Highlands DSP Wan Zahari Wan Busu kepada pemberita, di sini.
Beliau berkata mangsa terakhir ditemui 1.20 pagi. Kesemua mangsa yang maut dibawa ke Hospital Sultanah Hajjah Kalsom untuk bedah siasat manakala yang  parah dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh untuk rawatan lanjut, katanya.
Wan Zahari berkata berkata kedua-dua mangsa yang cedera itu dilaporkan stabil.
“Sebanyak 248 anggota pelbagai agensi antaranya polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat, pasukan SMART dan Rela terlibat dalam operasi di kawasan kejadian,” katanya.
Beliau berkata kesemua 60 keluarga yang mendiami rumah di kawasan berisiko sudah dipindahkan ke Dewan Serba guna Brinchang di sini.
Dalam kejadian 5.45 petang itu, banjir lumpur dan tanah runtuh selepas hujan lebat sejak 5 petang, menimbus tiga rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin di perkampungan berbukit berkenaan.
Sementara itu, tinjauan Bernama di Dewan Serba guna Brinchang pada 4.30 pagi tadi mendapati proses pemindahan kesemua keluarga terbabit masih berjalan di bawah penyelenggaraan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daerah Cameron Highlands.
Pemindahan kesemua keluarga itu, yang dibuat secara pukal, dibantu oleh pengangkutan pihak polis.


Jurucakap JKM memberitahu Bernama mereka akan tinggal di situ sementara menunggu pengesahan status kawasan kediaman mereka di Sungai Ruil selamat untuk diduduki semula.  – BERNAMA ONLINE
ulasan penduduk klick sini
Read More..

Followers

 
Copyright 2011 @ PARTI KEADILAN!
Powered by Mayori Domino